THE SITE ANALYSIS
Comprises mainly the following MO:
- Statutory Planning Code Search – the Local Plans
- Precedent Studies – UTM Faculty of Architecture Masterplan proposal to PERZIM
- Land matters – Titles and Standard Plans
- Photographic evidences
PENGENALAN AMMemperjelaskan konsep dan takrifan kepada brief. Analisis terhadap tapak secara visual untuk mengidentifikasikan potensi tapak serta kelemahannya. Merangka objektif pemajuan terhadap tapak tersebut serta konstrain-konstrainnya.
TAKRIFAN BRIEFMenurut brief konsep takrifan kepada tajuk adalah Graha Berhala Seni Tampak Kontemporari atau lebih tepat dalam bahasa Inggeris yang berbunyi ;
Temple of the Conteporary Visual Arts Mengdefinisikan platform sebagai temple merujuk kepada notion kesucian, ketabalan dan ke-misteri-an seni tampak kontemporari sebagai asas kewujudan ketamadunan manusia. Walaupun pada dasarnya temple menurut Kamus Oxford yang bermaksud: “… building used for worship of a god or gods…non Christian religion…” Manakala Kamus Dewan mengdefinisikan kuil sebagai: “…rumah berhala, tempat memuja dewa-dewa…” dan rumah sebagai: “…(i) binaan untuk tinggal…, (ii) nama pada bangunan…, (iii) pasukan…, (iv) ruang…” Tidak terdapat satu makna dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu yang setimpal dengan maksud temple dalam konteks yang lebih luas kecualilah dengan menggubalkan kata nama khas daripada istilah Indonesia “graha” yang bermaksud Wisma, Plaza atau menara. Jadi rumah berhala ditukar menjadi graha berhala supaya ia menampakkan keserupaannya dengan konsep temple. Manakala dewa-dewa atau gods dalam konteks ini merujuk pula kepada seni tampak kotemporari. Daripada aspek existantialis, didapati ketamadunan manusia mencipta sebuah bangunan yang diberikan nama temple untuk mengingati penciptanya. Oleh kerana manusia pada lazimnya lebih mengenali objek dalam bentuk pretext lebih daripada context maka manusia pun mengidentitikan kewujudan dengan simbol-simbol yang tertentu daripada garisan hinggakan ke imejan manusia, mahkluk dan objek yang digelar dewa. Hakikatnya manusia itu sendiri mencipta objek-objek dan patung-patung yang mengidentitikan sesuatu kebenaran untuk diperdewakan dan dipersembahkan. Memandangkan manusia turut sendiri bersembah kepada hasil seni pertukangannya sendiri maka tidak hairanlah mengapa tidaknya direkabentuk sebuah graha untuk pemujaan seni tampak kotemporari yang berfungsi sebagai alat pengwarcanaan ketamadunan manusia? Manakala hal-hal lain yang berkenaan dengan brief itu sendiri telah diperjelaskan dengan setepat-tepatnya (self-explainatory). |
PENGEZONAN MENURUT UTM-PERZIM MASTERPLANMenurut Akta Pemuliharaan 1980, PERZIM (Perbadanan Muzium Negeri Melaka) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dibawah Fakulti Alam Bina pimpinan Prof. Parid Wardi telah menggubal sebuah struktur masterplan bagi pemajuan kawasan sekitar CBD. Masterplan tersebut yang dikenali sebagai UTM-PERZIM MASTERPLAN adalah bertujuan untuk menghasilkan sebuah pemajuan yang mampan selaras dengan kehendak rancangan tempatan. Walaupun terdapatnya kelemahan daripada aspek implementasinya namun begitu ia merupakan satu-satunya dokumen rujukan oleh pihak PERZIM dan kerajaan tempatan.
6 Zon utama telah dikenalpasti yakni: a. zon warisan b. zon kosmopolitan c. zon kemerdekaan d. zon komersil e. zon sungai f. zon servis ZON WARISANDefinisi:
Zon yang mengandungi unsur-unsur pengsejarahan yang serius sebagaimana menurut takrifan UNESCO. Pemajuan dan campurtangan adalah minima setakat memajukan sebagai monumen bersejarah dengan menaikkan papan tanda, penerangan dan baik pulihan. Struktur baru dan perobohan tidak digalakkan sama sekali. Data: a. keluasan = 29.3 ekar b. status = diwartakan dibawah Akta Antiquity c. kriteria pemajuan = piawaian UNESCO d. sub zon : d.1. Kesultanan Melaka d.2. Portugis d.3. Belanda d.4. Iggeris ZON KOSMOPOLITANDefinisi:
Zon tersebut adalah selaras dengan konsep Melaka sebagai emporium dunia dimana pertembungan budaya dan ketamadunan asia tenggara berpusat. Gagasan morfologi bandar mengambil bentuk enclave berasaskan kebudayaan, seni, ethnik dan tradisi tempatan. Struktur bandar perlu dimajukan semula sebagai sebuah kosmopolitan berpusatkan budaya dan manusia (anthropocentric). Sub Zon: a. Kompleks ketibaan = membekalkan sense of arrival b. Kota Kosmo = Kesimbolikan pertembungan budaya, kesenian, bahasa, adat dan tradisi daripada Barat dan Timur. c. Perkampungan Ethnik = Kerja-kerja harian menurut ethnik dikekalkan. d. Galeri dan Kawasan Lapang |
Visual tapak menampakkan dengan jelas bagaimana pembangunan sedia ada melunturkan struktur rekabentuk urban lantas menjadikkannya kurang legible.
Perhatikan dalam visual tapak tersebut, obelix tersebut merupakan satu pertanda bersejarah tetapi dengan objek-objek usang lain seperti keretapi, kapalterbang dan keris, imej bersejarah tersebut telah diselabungi dan impak pengsejarahan menjadi kabur. Kawasan tersebut menjadi seakan-akan junk-yard kecualilah ia lebih teratur dan bersistem.
|
Restoran A&W yang berada dalam taman tidak menunjukkan kemunculanya sama sekali. Elemen-elemen persekitarannya menjadi kabur semacam tiadanya direction.
Taman yang bersebelahan sepatutnya direkabentuk mengunakan softscape serta disusunaturkan dengan hardscape yang berutilitarian tinggi untuk kegunaan penggunjung. Oleh kerana sistem perlanskapan tersebut menjadi bercelaru keseluruhan kawasan tersebut seakan-akan semak-samun yang dahsyat. |
Kawasan bersejarah. Perhatikan objek kincir angin belanda dan papan tanda. Kedua-dua elemen urban tersebut mengakiskan identiti dan authenticity kawasan bersejarah. Bayangkan apa gunanya kicir angin di negara seperti Malaysia?
|
Perhatikan bagaimana gerbang penghalang digunakan untuk menghalang kemasukan kenderaan. Dan perhatikan kekosongan medan berjalan kaki dibelakang gerbang tersebut. Persoalannya kemana perginya para pejalan kaki?
|
ZON KEMERDEKAANDefinisi:
Green lung untuk rekreasi aktif dan pasif memperingti semula gagasan kemerdekaan tanah Melayu 1957. Sub Zon: a. Kompleks Ketibaan b. Laluan Merdeka c. Medan merdeka d. Padang merdeka e. Terowong masa f. Cahaya dan bunyi g. Taman punjangga rakyat h. Medan selat |
ZON KOMERSILSumber untuk mengekalkan pemampanan kompleks. Penyediaan bagi kawasan berniaga untuk golongan Buiputera disamping menawarkan hasil kraftangan kepada penduduk tempatan dan pelancong asing.
ZON SUNGAISungai Melaka merupakan spine penting kepada pengsejarahan Melaka. Aktiviti lama telah diluput zaman dan definisi baru kepada kedua-dua belah terbing amat dialu-alukan. Sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi dengan mengoptimumkan penggunaan panorama sungai tersebut.
|
Kawasan waterfront yang tidak dibangunkan dengan produktif. Deretan shophouses ala portugis dan belanda 4 tingkat yang menjadikan Melaka negeri PoMo yang mampu memutarbelikkan sejarah semata-mata untuk tujuan komersil. Berhadapan dengannya merupakan kedai-kedai usang yang berjaya menjadi tumpuan ramai dan berjaya berfungsi sebagai pengdefinisian sempadan laluan. Perhatikan bagaimana road set-back menjadi lost space.
|
Pembangunan urban park baru seperti di Mahkota Perade yang membelanjakan beribu-ribu ringgit semata-mata mempamerkan kewujudannya sahaja tanpa berfungsi sebagai tempat berkumpul orang ramai. Bayangkan lah bertapa seksanya berkumpul di bawah cahaya terik matahari tropika pada taman yang tidak berselindung? Siapalah yang hendak pergi bersantai di situ?
|
Pandangan tepi sungai. Perhatikan bagaimana bangunan berbentuk kapal portugis tersebut memecahkan skala dan kadaran disepanjang sungai.
|
Beginilah cara yang sedia ada diguna pakai dimana kapal-kapal usang dijadikan elemen urban berbanding dengan hasil-hasil seni seperti sculpture yang lebih mampu mengprovokkan keintelektualan pengguna. Ketandusan idea urban sebegini memudarkan kualiti setempat. Bayangkanlah seseorang pelancong membelanjakan beratus ringgit untuk datang ke Melaka semata-mata untuk melihat kereta usang, kapal usang, keretapi usang, pondok usang, keris konkrit, kereta lembu overdecorated, tahi lembu
|