THE URBAN DESIGN INVESTIGATION AND MASTERPLAN
I took the following MO:
- Construction of the entire site [subject site] as a study model, carefully reconstructed the existing buildings with significant value.
- Sketch and Mass Model investigation to repair, reconstruct, realign the existing urban fabric that were fragmented into a legible structure in conforming to Lynch’s Image of the City. The massing model itself is sufficient enough to allow for further investigation as to where are the nodes, paths, landmarks, edge and boundaries, probably gateways. My scheme was the only proposal that had taken to this level of urban design interrogation, taking cue from my experience in Singapore.
- A presentation of site analysis and urban design investigation were conducted to the panel of Architectural lecturers for approval. I managed to align the critics into agreeing into my approach of 3D urban design as versus to the physical planning approach of zoning in 2D. My critics were fully aware of the Cullen’s “townscape” sequential perspective embedded within Lynch’s theories of an image of the city. I was confident enough to utilize urban design approach and not challenging it.
Pendekatan perancangan 2 dimensi gagal memperuntukkan ruangan yang efektif untuk menjanakan aktiviti memandangkan ia hanya berupaya mengezonkan aktiviti dan meghitung keberkesanan pengezonan menurut kaedah kepentingan matriks. Manakala kaedah Urban Design (UD) mengamalkan konsep 3 Dimensi yakni mereka bentuk berlandaskan model kerja ke arah mengukuhkan struktur urban daripada aspek legibility dan kemudiannya mengepamkan matriks penghidupan untuk menjana aktiviti setempat. Kaedah tersebut amatlah sesuai untuk menyelesaikan masalah pengezonan zon peripheral.
|
Membandingkan kedua-dua rajah tersebut didapati pada rajah 2.2.1(a), terdapat banyak kelongaran di kalangan bangunan-bangunan disekitar kawasan tersebut. Struktur urban begitu lemah sekali sehinggakan jalan-jalan tidak berkesempadan malah lebih dahsyat daripada itu bangunan-bangunan tidak berkaitan antara satu dengan yang lain masing-masing merupakan fragment yang perlu diatasi. Pada
asasnya, fragment-fragment tersebut
perlu diperkukuhkan malahan keseluruhan struktural urban kawasan tersebut perlu
diperbaiki dengan menerapkan unsur-unsur baru yang mampu membina semula
struktural urban tersebut untuk menjadikannya lebih legible.
|
Pembangunan
semula struktur urban sepanjang sungai memerlukan penyelitian yang agak
merumitkan khususnya apabila elemen sungai merupakan potensi yang besar untuk
dijadikan kawasan rekreasi upamanya promenade. Dalam keadaan asal pada mana
kawasan sungai “dijajah” oleh bangunan-bangunan gudang yang dianggapkan
pula tidak menggunakan potensi sungai
tersebut dengan sepenuhya, anjakkan selebar 18 meter dilakukan (berdasarkan
rancangan tempatan) untuk dibangunkan semula sebagai promenade dan café. Lantas
itu, keseluruhan promenade tersebut
didefinisikan oleh bangunan pengdefinisi tepi (edge defining building) supaya promenade tersebut menampakkan
terselindung.
|
Kelonggaran struktur
bandar khususnya laluan yang tidak ditakrifkan secara nyata dan kekurangan
bangunan beacon memudarkan lagi legibility bandar tersebut. Ini juga
bermakna tiadanya gateway dan landmark serta nodus untuk diambil kira
oleh pengguna bandar untuk memudahkan imagibility
skap bandar tersebut. Seakan-akannya keseluruhan kawasan tersebut merupakan
satu entiti yang ad-hoc sahaja.
Kemungkinan besar ini merupakan satu kebenaran memandangkan PERZIM[1]
setakat mengimplimentasikan rancangan memuziumkan Melaka secara terbusu-busu
tanpa mengira konteks rekabentuk urban kawasan bersejarah Melaka.
[1] Perbadanan Muzium Negeri Melaka |
Mengambil satu bentuk struktural yang berlainan padamana bangunan-bangunan edge defining building mengukuhkan struktur laluan dengan punctuation yang dilakukan oleh beacon building sebagai landmark. Apa yang penting konsep kegerbangan yang terjurus kepada laluan daripada satu wilayah kepada wilayah yang lain dan dalam kes ini, zon lain mengambil bentuk lintasan jerjantas sepertimana yang dikaji daripada investigation into gateway. Dalam kajian tersebut alternatif 1 menunjukkan arah tuju yang kurang jelas walaupun pada kedua-dua belah laluan edefinisikan dengan jelas oleh edge defining buildings.
|
Konsep gateway adalah jelas dengan meletakkan kedua-dua belah beacon building sebagai marker. Namun begitu hubungan antara kedua-dua belah bangunan adalah terputus oleh laluluan dan ini tidak menampakkan kekonkritan penggunaan marker sebagai penanda gateway. konsep gateway amatlah nyata dengan meletakkan arch sebagai icon. Walaupun adanya hubungan fizikal antara kedua-dua belah
bangunan dan semacam terdapatnya ikatan, hubungan secara keutilitarianan tidak
tercapai khususnya apabila matriks sosial diaplikasikan hubungan tersebut
hanyalah semata-mata simbolisme sahaja.
|
Menampakkan logik yang bersesuaian khususnya jejantas digunakan sebagai penanda gateway dan sekaligus menghubungkan kedua-dua belah bangunan secara fizikal mahupun utilitarian. Daripada kajian terhadap gateways amatlah nyata ia merupakan
unsur rekabentuk urban yang tidak dapat dinafikan demi memperolehi imejan
perhubungan daripada satu zon kepada zon lain secara mental mapping. Melalui penyiasatan menggunakan model kerja untuk memperolehi lakaran adalah nyata sekali elemen bandar secara struktural adalah kurang nyata dan tidak jelas khususnya pada lengkokan jalan melintasi bangunan kapal portugis yang semata-mata merupakan satu implementasi secara ad-hoc sahaja. Malah arah tuju turut dikaburi dengan ketiadaan semacam jenis gateway. menunjukkan proses
perolehan gateway, beacon buildings dan
edge defining buildings. Khususnya dengan mengalihkan bangunan kapal
portugis yang terlalu mendominasikan. Daripada analisis menggunakan model kerja didapati selekoh merupakan laluan utama untuk diambil perhatian terutamanya kereta.
|
Selekoh yang kurang jelas akan mengakibatkan kebuntuhan terutamanya di kalangan mereka yang bukan berasal daripada bandar tersebut. Lakaran tersebut
menjelaskan terdapat 3 isu yang perlu diatasi pada selekoh tersebut. Isu
pertama memperlihatkan pengdefinisian selekoh kurang jelas dan ini akan
mengakibatkan kebinggungan di kalangan pengguna. Isu kedua memperlihatkan
bangunan disepanjang jalan terlalu fragmented
dan gagal mendefinisikan laluan. Hakikatnya jalan menjadi kurang jelas. Isu
ketiga deretan kedai yang sedia ada tidak mempunyai character yang jelas untuk address
bangunan yang baru didirikan pada sebelah depannya terutama sekali dengan
ketiadaan beacon building sebagai
penanda corner lot , struktur
urbannya menjadi lemah. Dalam menyiasatkan
morfologi penyempadanan selekoh didapati alternatif 1 menerapkan cara konvesional
yakni membina deretan bangunan yang
melengkok sejajar dengan lengkongan selekoh dengan pengambilan beacon building sebagai penyempadanan corner lot. Namun begitu kaedah tersebut
akan meghasilkan satu bentuk yang monotoneuos.
|
Dalam alternatif 2 pula ternampak pula bangunan pengdefinisian selekoh terminate pada bangunan linear yang menyempadankan laluan. Kaedah tersebut menghasilkan satu-satunya pembehentian secara terkejut. Walaupun pada dasarnya ia menampakkan kedramatikannya, namun begitu pengejutan sebegitu rupa tidak konsisten dengan vehicular flow patterns dan terlalu rigid. Alternatif 3 menjadi pilihan atas dasar terdapatnya keselanjaran pada bangunan penyempadanan selekoh walaupun bangunan penyempadanan laluan berbentuk linear memotong melaluinya untuk memberikan kesan dramatik (non-monotony). Apabila dikaji tentang
peletakan gateways, alternatif 1
menampakkan tiadanya pertanda menunjukkan arah tuju untuk ke pengezonan yang
lain. Kekaburan untuk mengdefinisikan arah tuju sepertimana yang
diperbincangkan terlebih dahulu mengakibatkan ketidakselanjaran pada
keseluruhan skima. Jesteru adalah memadai pada skel tersebut gateway mengambil bentuk petanda beacon sahaja. Apabila melalui laluan
yang luas ke laluan yang sempit adalah jelas seseorang penguna telah melalui
zon umum ke zon khusus (private).
Tidak dapat disangkal sama sekali ini merupakan salah satu kaedah untuk
menentukan gateway urban. Setelah
banyak membincangkan aspek rekabentuk bandar pada zon sungai wajar dikaji
bagaimana rekabentuk bandar dilakukan pada pedalaman tapak tersebut melalui
penyiasat model kerja dan lakaran penyiasatan. Kajian terhadap model
kerja mendapati tanpa adanya bangunan edge
defining building struktur urban khususnya laluan menjadi pudar lebih-lebih
lagi apabila terdapatnya kawasan yang lapang berdepan dengan deretan bangunan
bersejarah. Kajian menggunakan lakaran lebih jelas menonjolkan isu pokok
tersebut.
Daripada lakaran bukan setakat penyempadanan laluan itu sendiri menjadi pudar malah ruang yang terlalu luas dan tidak terkawal mengakibatkan fenomena “lost in space” ataupun “negative space” sebagaimana menurut Roger Trancik[1]. |
Apabila pengguna diselabungi oleh enclosure (bounded in an enclosed space) perasaannya lebih tenteram kerana ia dapat mengaitkan skala diriya dengan skala bangunan mungkin daripada aspek seperti tingkap, pintu, perhiasan, tanda kedai dan sebagainya yang pada mana ia lebih mirip kepada pengetahuannya lantas menjadikannya tahu akan lokasinya.
Keadaan tersebut sama dengan pepatah Inggeris yang berbunyi “It is not because we are lack of space which suffocate us. It is too much spaces that drown us in return.”, yang pada mana merupakan kelemahan pada perancangan moden. [1] Perbicangan lanjut rujuk Roger Trancik, “Finding Lost Space” Penyiasatan terhadap edge defining building bermula dengan alternatif 1yang mana deretan bangunan digunakan untuk menyempadankan laluan. Sepertimana yang diperbincangkan tadi, keadaan tersebut menjadi terlalu membosankan.Alternatif 2 pula menampakkan kaedah untuk mengatasi kebosanan dengan mengubah implied planes melalui intergrasi dan intersection dengan bangunan tier buildings serta jejantas dan sebagainya. Alternatif 3 meperlihatkan sunken edge defining building sebagai alternatif untuk memecah kebosanan. Mendapati kaedah tersebut membuahkan perasaan ingin tahu terhadap apakah aktiviti disebalik deretan edge defining building tersebut. Alternatif 4 merupakan alternatif pilihan memandangkan ia berupaya menapiskan pengguna untuk kedalam deretan bangunan tersebut “filterization effects” untuk melihat dengan sendiri aktiviti-aktiviti yang berlangsung disebalik deretan bangunan yang diperkatakan tadi. Lantas hasilnya laluan berupaya berfungsi sebagai satu-satunya elemen rekabetuk bandar yang berkesan. |
Disebalik deretan bangunan tersebut terbentang luas inner court untuk dimobilitikan sebagai pusat aktiviti. Perlindungan yang dibatasi oleh deretan bangunan serta lintasan bangunan tier terjurumus kepada pusat kegravititan (titik persilangan bangunan tier) yang sesuai untuk diletakkan bangunan berjisim besar sebagai asas yang dominan. Walau bagaimanapun jisim yang diluar skala manusia perlu dipecahkan supaya ia lebih serata dengan skala manusia melalui pelbagai proses transformasi seperti berikut:
Menggunakan kaedah perbandingan melalui perletakkan objek-objek yang setara dengan skala pemerhati didapati pengguna akan membandingkan skala dirinya pada objek tersebut sebelum membandingkannya semula dengan objek berskala besar. Dengan itu sesebuah bangunan berskel besar dapat dipecah-pecahkan kedominanannya melalui perspektif pengguna seperti yang ditunjukkan dibawah. |
Objek-objek tersebut boleh mengambil bentuk installation seni tampak kontemporari seperti folies dan sebagainya. Beranjak daripada itu, ruang yang bersebelahan merupakan ruangan yang lebih kecil dan intim (intimate) sesuai dijadikan tempat untuk kontemplasi arca-arca dan hasil seni dalam bentuk 3 dimensi. Daripada lakaran pola pandangan, pengunjung daripada atas dan bawah berupaya untuk berkomunikasi dengan objek seni sambil bergerak.
Bila objek seni tersebut dilihat daripada luar, bangunan yang mengelilinginya akan menjadi latar depan dan belakan bagi memperbaiki lagi mode dialog seni tampak. Amphitheatre mengambil ruang yang lebih kecil pada mana diskusi seni dan pertunjukan lapangan dapat dilakukan. Perhatikan juga laluan sempit yang menghubungkan amphitheater dengan luar. |